EM ( Mikrob/bakteria berfaedah ) ....sesi buka minda.
Perhatikan isi tong sampah , timbunan dedaun pokok yg gugur , najis haiwan di dalam kandang atau di luar kandang ,bangkai haiwan dan pelbagai sisa buangan di sekitar kita.Apakah proses yg seterusnya berlaku ? Pereputan --> bau terbebas ---> bau hilang lalu menjadi sisa ----> baja organik utk tanaman. Begitu sempurna perancangan Allah yang juga menciptakan proses yg sama berlaku dalam tubuh kita dan haiwan. Sisa yg di keluarkan menjadi makanan tanaman yg terbaik dan melaluinya menghasilkan makanan kembali kepada kita. Inilah proses kitaran semulajadi sumber tenaga dianugerahkan kepada makhlukNya. Mengapa kita tidak mengambil pelajaran dari ilmu Allah ini?
Apakah tunggak di sebalik proses kitaran ini ? Jawapannya ialah makhluk seni yang di beri nama mikro organisma atau bakteria .Di wujudkan oleh Allah makhluk seni ini dalam perut manusia dan haiwan , didalam pokok-pokok , didalam buah-buahan , ubi dan setiap yg hidup secara semulajadi.Apabila sampai masanya ,
mikrob/bakteria ini akan mengambil alih 'perumah' nya lalu melupuskannya dari alam ini supaya tidak mengganggu kehidupan lain ....lalu Allah ciptakan pembunuh kepada bakteria ini yang di namakan antiseptic atau pelbagai nama lain ,sebagai mengimbanginya .
Jauh di negara Jepun , ada seorang insan yg dapat menghidu ilmu Allah ini. Dalam kajiannya dia mula sedar dalam hampir 80 bakteria yg di kesan , ada 3 yang bermanafaat. Bakteria itu di beri nama Fotosintetic , Laktik Asid dan Yis.Dia mula mengumpul ketiga-tiga bakteria ini melalui proses-proses yg tertentu .
Disini , bakteria tersebut di kumpul secara mengabungkan isi perut haiwan ternak , susu segar dan air basuhan beras didalam medium air gula merah menerusi proses penapaian anaerobik selama hampir seminggu. Cecair berbakteria baik ini di tapis dan di simpan ditempat tertentu sebagai Stok , ia kemudian di cairkan pada nisbah 1:500/1000 . pH di kekalkan pada julat 3 ~4 . Setelah hampir seminggu , cecair ini sudah sedia digunakan setelah di cairkan lagi sekali pada nisbah 1:500/1000.
Kegunaan EM
a) Baja siraman tanaman. Agen pengurai . Sebenarnya , tanaman tidak boleh menyerap baja organik tanpakehadiran mikrob (EM) sebagai pengurai kpd bentuk yg lebih ringkas yg boleh di terima pokok.
b) Menyihatkan kesihatan haiwan ternak/ belaan ,seperti lembu,kambing,ayam,kerbau,kucing dll. Caranyadengan mencampurkan EM dalam makanan atau minuman. Hasilnya ternakan organik.
c) Mempercepatkan pelupusan sisa buangan . Siraman EM pada tempat buangan sisa dapur , tandas , air takungan yg membusuk dapat menyah bau busuk dan menukarkanya menjadi baja organik.
d) Jika EM di sembur di kandang ayam atau kambing dpt mengurangkan kehadiran lalat hasil proses nyah bau . Hasilnya mempercepatkan proses pereputan najis untuk bertukar menjadi baja kompos.
e) Mewujudkan ekosistem dalam akurium , kolah atau kolam ikan. Ikan menjadi sihat . Menghidupkan alga /lumut dalam air sebagai makanan semulajadi ikan. Induk akan mudah menetaskan telur kerana persekitaran yang sudah disesuaikan untuk kehidupan anak yang akan menetas.
f) Tanah yang di siram EM akan membekalkan baja kompos semulajadi yang dapat bertahan cukup lama untuk kegunaan pokok kerana bakteria akan memproses dan menyediakan nutrien kepada tanaman dgn cara beransur-ansur sesuai dengan kehendak tanaman.
......dan ada banyak lagi kegunaan EM yang belum saya ketahui. Kegunaan EM di atas adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri yang membuat EM dan kesan kepada penggunaanya.
Yang baik itu dariNya dan selebihnya dari kejahilan diri saya sendiri dengan izin Nya. Wasallam.
Selasa, 3 Mei 2011
Ahad, 1 Mei 2011
Pokok Stevia ( pokok gula )
STEVIA REBAUDIANA
Anak pokok Stevia yang sudah boleh di jadikan induk . Sedia untuk di ubah ke ladang atau ke dalam pasu yang lebih besar.Peratus pokok untuk terus hidup subur adalah tinggi.
Stevia adalah dari spesis bunga matahari dan berasal dari Paraguay . Ia mudah di biakkan melalui keratan batang.( sama seperti pokok misai kucing).Cuma pada peringkat awal , siraman perlu dilakukan sekerap yang mungkin bergantung kepada cuaca namun dalam masa yg sama air tidak boleh bertakung.Ia hanya memerlukan suasana redup dan lembab supaya akar boleh tumbuh dengan selesa.
Teknik pembiakan melalui biji benih juga boleh dilakukan dengan menaburkan bunga yg telah kering diatas
tanah lembab. Namun peratus pertumbuhan nya amat sedikit akibat persaingan hebat dari benih rumput yang juga turut serta tumbuh.
Daun stevia boleh di makan /kunyah sebaik di petik untuk memanafaatkan semua vitamin dan serat. Tetapi secara komersal , daun di keringkan di panas matahari antara 5 hingga 10 jam. Kemudian di simpan ditempat
yg tidak terdedah pada cahaya matahari dan didalam bekas kedap udara. Daun kering yg di kisar halus dapat menjimatkan ruang penyimpanan.
Khasiat daun Stevia cukup banyak , antara yg popular ialah:
a) merangsang sel pankreas untuk mengeluarkan insulin bagi pengidap kencing manis.
b) mengurangkan paras asid urik untuk pesakit gout.
c) sifatnya yang anti-bakteria dapat melegakan sakit kerongkong dan batuk akibat bakteria dan dapat
melegaka sakit gigi berlubang ( ramas daun segar dan tusukan ke gigi berlubang)
d) membantu tubuh menyerap Kalsium sebagai pencegah osteoporosis.
e) menguatkan otot-otot jantung.
f) melawaskan pembuangan air kencing.
g) melegakan stress dan ketagihan.
h) menyegarkan bau nafas , menghalang pembentukan plak gigi.
i) sebagai perisa tambahan yg menyihatkan dalam masakan , kuih-muih,kek.
j) pemanis buah-buahan pencuci mulut ( ekstrak direnjis pada buah yg telah di potong)
.........dan ada banyak lagi.
Kos penjagaan adalah amat minimum. Stevia tidak memerlukan pembajaan berkala secara serius. Penggunaan sedikit baja organik sudah mencukupi. Serangan serangga perosak hampir tiada. Sesetengah negara maju telah menggunakan ekstrak Stevia sebagai penghalau serangga perosak tanaman.

Langgan:
Catatan (Atom)