Selasa, 3 Mei 2011

EM ( Effective Microorganism) technology.

                                              EM ( Mikrob/bakteria berfaedah )  ....sesi buka minda.


   Perhatikan isi tong sampah , timbunan dedaun pokok yg gugur , najis haiwan di dalam kandang atau di luar kandang ,bangkai haiwan dan pelbagai sisa buangan di sekitar kita.Apakah proses yg seterusnya berlaku ? Pereputan --> bau terbebas ---> bau hilang lalu menjadi sisa  ----> baja organik utk tanaman. Begitu sempurna perancangan Allah yang juga menciptakan proses yg sama berlaku dalam tubuh kita dan haiwan. Sisa yg di keluarkan menjadi makanan tanaman yg terbaik dan melaluinya menghasilkan makanan kembali kepada kita. Inilah proses kitaran semulajadi sumber tenaga dianugerahkan kepada makhlukNya. Mengapa kita tidak mengambil pelajaran dari ilmu Allah ini?

 Apakah tunggak di sebalik proses kitaran ini ? Jawapannya ialah makhluk seni yang di beri nama mikro organisma atau  bakteria .Di wujudkan oleh Allah makhluk seni ini dalam perut manusia dan haiwan , didalam pokok-pokok , didalam buah-buahan , ubi dan setiap yg hidup secara semulajadi.Apabila sampai masanya ,
mikrob/bakteria ini akan mengambil alih 'perumah' nya lalu melupuskannya dari alam ini supaya tidak mengganggu kehidupan lain ....lalu Allah ciptakan pembunuh kepada bakteria ini yang di namakan antiseptic atau pelbagai nama lain ,sebagai mengimbanginya .

Jauh di negara Jepun , ada seorang insan yg dapat menghidu ilmu Allah ini. Dalam kajiannya dia mula sedar dalam hampir 80 bakteria yg di kesan , ada 3 yang bermanafaat. Bakteria itu di beri nama Fotosintetic , Laktik Asid dan Yis.Dia mula mengumpul ketiga-tiga bakteria ini melalui proses-proses yg tertentu .

 Disini , bakteria tersebut di kumpul secara mengabungkan isi perut haiwan ternak , susu segar dan air basuhan beras didalam medium air gula merah menerusi proses penapaian anaerobik selama hampir seminggu. Cecair berbakteria baik ini di tapis dan di simpan ditempat tertentu  sebagai Stok  , ia kemudian di cairkan pada nisbah 1:500/1000 . pH di kekalkan pada julat 3 ~4 . Setelah hampir seminggu , cecair ini sudah sedia digunakan setelah di cairkan lagi sekali pada nisbah 1:500/1000.

Kegunaan EM

a) Baja siraman tanaman. Agen pengurai . Sebenarnya , tanaman tidak boleh menyerap baja organik tanpakehadiran mikrob (EM) sebagai pengurai kpd bentuk yg lebih ringkas yg boleh di terima pokok.

b) Menyihatkan kesihatan haiwan ternak/ belaan ,seperti  lembu,kambing,ayam,kerbau,kucing dll. Caranyadengan mencampurkan EM dalam makanan atau minuman. Hasilnya ternakan organik.

c) Mempercepatkan pelupusan sisa buangan . Siraman EM pada tempat buangan sisa dapur , tandas , air takungan yg membusuk dapat menyah bau busuk dan menukarkanya menjadi baja organik.

d) Jika EM di sembur di kandang ayam atau kambing dpt mengurangkan kehadiran lalat hasil proses nyah bau . Hasilnya mempercepatkan proses pereputan najis untuk bertukar menjadi baja kompos.

e)  Mewujudkan ekosistem dalam akurium , kolah atau kolam ikan. Ikan menjadi sihat . Menghidupkan alga /lumut dalam air sebagai makanan semulajadi ikan. Induk akan mudah menetaskan telur kerana persekitaran yang sudah disesuaikan untuk kehidupan anak yang akan menetas.

f) Tanah yang di siram EM akan membekalkan baja kompos semulajadi yang dapat bertahan cukup lama untuk kegunaan pokok kerana bakteria akan memproses dan menyediakan nutrien kepada tanaman dgn cara beransur-ansur sesuai dengan kehendak tanaman.

......dan ada banyak lagi kegunaan EM yang belum saya ketahui. Kegunaan EM di atas adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri yang membuat  EM  dan kesan kepada penggunaanya.

 Yang baik itu dariNya dan selebihnya dari kejahilan diri saya sendiri dengan izin Nya. Wasallam.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan